Apa itu Buah Tunjuk Langit ?

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) telah mendapat perhatian dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi dijalankan telah menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada Buah Tunjuk Langit tersebut.

Swietenia atau pun dipanggil Buah Tunjuk Langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria – Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

Khasiat Buah Tunjuk Langit ini sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, khasiat Buah Tunjuk Langit juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) dapat mengatasi masalah:
-kencing manis (menurunkan kadar gula dalam darah)
-kuruskan badan (obesiti)
-migrain
Selain itu juga, Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) boleh membantu:
-menurunkan paras kolestrol
-gout
-sakit dan lemah jantung
-sakit sendi
-darah tinggi
-melancarkan perjalanan darah
-melambatkan pembekuan darah
-meningkatkan kecergasan badan





Comments

Popular Posts